Adab Berniaga Dalam Islam

Adab Berniaga Dalam Islam

Adab Berniaga Dalam Islam merupakan salah satu disiplin pokok dalam perniagaan islam. Tidak kiralah falsafah untuk hidup mahupun falsafah dalam pengurusan. Begitu juga dengan perniagaan.

Setiap perniagaan itu perlu ada etika untuk dimajukan dan dikembangkan. Bagi setiap peniaga Islam, perniagaan mereka hendaklah berlandaskan cara dan etika yang sesuai mengikut syarak. Mari kita bincangkan etika niaga menurut pandangan Islam.

Dalam Islam, sesebuah perniagaan itu haruslah mengikut syariat yang telah ditetapkan dalam Al-Quran dan Al-Sunnah. Sepertimana terjemahan dari Surah an-Nisa’ ayat ke 29-30, yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan harta-harta saudaramu dengan cara yang batil, kecuali harta itu diperoleh dengan jalan niaga yang ada saling kerelaan dari antara kamu, dan janganlah kamu membunuh diri-diri kamu, kerana sesungguhnya ALLAH itu Maha Pengasih kepadamu, dan sesiapa berbuat demikian dengan sikap permusuhan dan penganiayaan, maka Kami akan masukkan dia ke dalam api neraka

Melalui ayat ini, menunjukkan bahawa peniagaan itu boleh dilakukan dengan dua syarat; pertama, perniagaan itu dilakukan atas kerelaan dua belah pihak, dan kedua, tiada unsur penganiayaan dan penipuan untuk merugikan satu-satu pihak dalam perniagaan.

Agama Islam yang mulia ini bukan sahaja telah menggariskan panduan serta etika dalam berniaga, bahkan telah meletakkan senarai barang-barang yang boleh dijual beli dan ada juga yang diharamkan. Berikut merupakan antara adab-adab berniaga yang digariskan oleh syariat Islam:

tenkofx logo

Work from home forex trading online with TenkoFX

TenkoFX broker regulated by IFSC Belize

Open an account or try Demo account.

Niat

Inilah perkara yang paling asas dalam memulakan setiap ibadah kita baik yang wajib mahupun yang sunat. Dalam kita menjalankan perniagaan kita akan bertanya dalam diri kita apa tujuan kita menceburkan diri dalam perniagaan dan seterusnya kita akan lebih bersikap tanggungjawab dan berhati-hati supaya tidak terjebak kepada yang haram. Hal ini disebabkan oleh kita telah niatkan semuanya kerana Allah.

Tidak Menjual Barang Yang Diharamkan

Sebagai seorang Islam yang berakal, kita ditegah daripada mendekati perkara yang diharamkan oleh syariat Islam sendiri. Dalam hal ini, kita disarankan supaya menghindari barang-barang yang diharamkan seperti dadah, arak, majalah porno dan lain-lain.

Bersabda Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis, maksudnya:

“Perkara yang halal itu jelas dan perkara yang haram itu juga jelas, di antara kedua-duanya adalah syubhah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Baginda SAW lagi yang bermaksud ‘Wahai manusia, sesungguhnya Allah itu baik dan tidak menerima kecuali perkara yang baik iaitu halal.’ (Hadis riwayat Muslim)

Inilah saranan kepada kita berdasarkan hadis baginda supaya kita berwaspada dalam berniaga. Boleh jadi bagi kita perkara ini seperti tidak membawa kesan, akan tetapi ingatlah berurus niaga barang yang haram inilah yang membawa kepada kerosakan dalam tamadun manusia.

Tidak Memonopoli Barang

Antara hak peniaga terhadap pelanggan ialah tidak menyekat barang keperluan asas yang mana ia menjadi nadi kehidupan keperluan isi rumah. Inilah yang dilarang oleh syariat Islam iaitu menyimpan barang dalam masa tertentu untuk dijual apabila berlaku peningkatan harga yang melambung tinggi.

Bahkan ia haram di sisi Islam kerana memberi kemudaratan kepada orang lain. Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya;

“Siapa yang memonopoli makanan selama empat puluh hari maka ia terlepas daripada Allah dan Allah terlepas daripadanya.” (Hadis riwayat Ahmad dan Al Hakimi)

Seandainya perkara ini berlaku, secara tidak langsung membawa kepada ketidakadilan dalam sosio ekonomi yang mana setiap rezeki Allah harus dikongsi bersama. Inilah garis panduan dalam berniaga, baik dalam skop yang besar mahupun yang kecil.

Mematuhi Perjanjian

Pada setiap perniagaan dalam Adab Berniaga Dalam Islam, ada perjanjian atau MoU yang sering diadakan bagi memutuskan persetujuan antara dua pihak (pembeli dan penjual). Dalam syariat Islam, ia dipanggil akad jual beli. Dalam hal ini kita dilarang melanggar perjanjian yang telah disepakati kerana ia boleh membawa kepada kerugian atau hilang kepercayaan pada masa akan datang.

Ini sering berlaku dalam skop perniagaan yang mencecah ratusan ribu  mahupun jutaan ringgit yang mana memerlukan perjanjian serta sikap keterbukaan berdasarkan isi kandungan perjanjian.

Mari kita selak sebentar ayat al-Quran dalam surah Al-Maidah, ayat 1 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah akad-akad itu.”

Lihatlah betapa pentingnya memenuhi perjanjian sehingga pada awal permulaan surah sudah ditegaskan oleh Allah. Betapa pentingnya kita menjaga isi kandungan perjanjian atau MoU ini dan janganlah kita  terikut-ikut sikap bangsa Yahudi yang sering kali mengingkari perjanjian yang ada sehingga dilaknat oleh Allah.

Mencatat Segala Urusan Jualan

Istilah resit pembelian atau akaun keluar masuk kewangan sering kali diguna pakai dalam setiap urusan pembelian. Hal ini bertujuan untuk mengukuhkan proses jual beli serta mengadakan proses jual beli di hadapan saksi yang dipercayai.

Dalam hal ini, Allah Taala ada berfirman:

“Dan persaksikanlah apabila kamu berjual beli.” (Surah al-Baqarah, ayat 282)

Bersikap Jujur

Jujur dan bersikap terbuka dan tidak menyembunyikan kecacatan yang terdapat pada barang yang diniagakan ketika menjualnya. Sifat ini merupakan sifat yang terpuji dan mudah mendapat kepercayaan orang ramai.

Sikap amanah yang terdapat pada diri penjual memberi tanda kepuasan kepada si pembeli. Tidakkah ini memberi tanda bahawa sifat mahmudah sudah ada di dalam jiwa kita?

Dalam hal ini, Rasulullah SAW ada bersabda:

“Seorang Muslim itu adalah saudara Muslim lainnya, maka tidak halal bagi seorang Muslim membeli daripada saudaranya suatu pembelian yang ada cacatnya kecuali dijelaskan terlebih dahulu.” (Hadis riwayat Ahmad)

Menghindari Riba

Perkara yang tidak terlepas dikalangan kita pembeli mahupun penjual. Ia boleh berlaku baik di kalangan kita yang beragama Islam mahupun bukan. Sudah menjadi sinonim, perniagaan sering kali terlibat dengan riba sedangkan di dalam al-Quran, Allah Taala ada menyebut;

“Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli dan mengharamkan riba.” (Surah al-Baqarah, ayat 275)

Inilah kayu ukur kita dalam menjalankan urusan jual beli dengan sekalian manusia di alam perniagaan. Inilah yang menyebabkan setiap perniagaan hilang keberkatannya hanya kerana sikap “memandang sebelah mata”, sedangkan setiap peniaga sudah ada disiplin ilmu dalam bab fiqh muamalat dalam hal ini.

Untuk berjaya dalam perniagaan, setiap usahawan Islam haruslah sentiasa berpegang kepada asas Adab Berniaga Dalam Islam. Semoga semakin ramai lagi usahawan Islam yang berjaya dapat dilahirkan pada masa hadapan.

Sumber Rujukan:

Are you ready to start trading?

Open an account or try Demo account.

Read also

Xmaster Formula penunjuk mt4 2020

Apakah Blockchain Explorer? Bagaimana ia berfungsi?

Panduan pemula Crypto, bagaimana untuk memulakan?

Dimanakah coronavirus tersebar? Adakah impak pasaran?

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *